Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera

Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera
link : Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera

Baca juga


Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera


PUTRAJAYA: Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang diterajui PAS, memperkenalkan Dokumen Malaysia Sejahtera yang mengandungi Manifesto Malaysia Sejahtera, Dokumen Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) dan Dokumen Hijau.

Pelancaran itu yang disempurnakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini malam ini, turut dihadiri Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Presiden Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Abdul Kadir Mamat, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim.

Pada majlis itu, Tuan Ibrahim membentangkan Manifesto Malaysia Sejahtera peringkat kedua yang menggariskan 84 tawaran kepada 12 kelompok masyarakat.

Kelompok tersebut ialah wanita sejahtera; orang kelainan upaya (OKU); anak muda; petani, penternak dan nelayan; peneroka Felda; penjawat awam; pekerja swasta; warga emas dan pesara; orang asal; usahawan; korporat; dan prihatin alam sekitar.

Pada 23 Mac lepas, Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada gabungan beberapa parti politik iaitu PAS, Ikatan dan Berjasa serta lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh berpengaruh melancarkan Manifesto Malaysia Sejahtera peringkat pertama mengandungi sembilan teras pembentukan Malaysia Sejahtera.

Manifesto itu turut menggariskan 20 tawaran utama antaranya menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), membasmi kemiskinan dan melupuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera

Sekianlah artikel Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagasan Sejahtera Di Terajui PAS "Lancarkan" Dokumen Malaysia Sejahtera dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/gagasan-sejahtera-di-terajui-pas.html

Subscribe to receive free email updates: