Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera
link : Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Baca juga


Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera


PUTRAJAYA: Gagasan Sejahtera menegaskan tidak akan berlaku perebutan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang berlaku kepada gabungan pembangkang PKR.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pihaknya telah bersetuju untuk mengagihkan 160 kerusi menerusi pembincangan antara parti-parti dalam Gagasan Sejahtera.

"Tidak akan berlaku bercakaran seperti mereka, kita tidak ada kuku (bercakaran).

"Malah Gagasan Sejahtera yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bersetuju menggunakan satu logo sahaja iaitu Pas dalam PRU-14," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sini.

Turut hadir sama, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Berjasa, Abd. Kadir Mamat.

Pada masa sama, Abdul Hadi selaku Presiden Pas berkata, pihaknya akan meletakkan calon Pas untuk kerusi Parlimen Langkawi.

Beliau berkata, beliau menghormati keputusan Abdul Kadir yang tidak bersedia untuk bertanding dalam PRU-14.

Sebelum ini, Pas menamakan Abdul Kadir untuk kerusi Parlimen Langkawi kepada Ikatan, sebaliknya Presiden Ikatan itu menolak tawaran berkenaan.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan Gagasan Sejahtera menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini sekali gus boleh membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Pas mewujudkan Gagasan Sejahtera kerana berdasarkan pengalaman kerjasama politik sebelum ini bersama PKR dan DAP.

"Ini telah membuka ruang kepada kami mewujudkan Gagasan Sejahtera yang kini mengamalkan amalan politik matang dan sejahtera.

"Malah walaupun sebelum ini ketika kerajaan campuran di Perak apabila Menteri Besar dilantik daripada Pas, tetapi yang mendominasi adalah DAP," katanya. #sumber



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Sekianlah artikel Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/hadi-tegaskan-tak-akan-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates: