"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon
link : "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

Baca juga


"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon


PASIR SALAK: Seorang lagi Ketua Cabang PKR menegur Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke­rana didakwa mengkhianati kepercayaan akar umbi dalam soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila meletakkan calon nomad yang tidak pernah menabur khid­mat bakti di sesuatu kawasan.

Ketua Cabang PKR Pasir Salak, Noor Az­wan Ramli berkata, pemilihan tidak realistik, sangat tidak adil serta jauh menyimpang daripada semangat reformasi yang bukan sahaja akan mero­sakkan parti, malah memperlihatkan sikap Wan Azi­zah yang degil dan kemaruk kuasa.


Menurutnya, Wan Azizah jelas tidak memahami hasrat akar umbi, jus­teru tindakannya­ yang langsung tidak membuka ruang per­bincangan di peringkat cabang amat salah khususnya kepada se­mua ahli parti yang telah bertungkus-lumus menaik­kan na­ma PKR di merata tempat.

“Jika cabang-ca­bang­ PKR di seluruh Malaysia sudah tidak lagi bernilai di mata Presiden PKR dalam soal pemilihan calon, maka sewajarnya dibubarkan sahaja segala bentuk sistem organisasi yang telah diwujudkan.

“Tindakan Presiden PKR ini telah menghina setiap ahli parti di seluruh Malaysia. Politik murahan seperti ini tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana kepe­mimpinan gabungan pem­bangkang PKR,” ka­tanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Pasir Salak dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azwan berkata, kelemahan dan keangkuhan kepemimpinan peringkat Pusat juga terserlah apabila langsung tidak mengkaji populariti calon dalam kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan itu jelasnya, tin­dakan bersifat diktator oleh Wan Azizah dengan meletakkan nama-nama calon pi­lihannya sen­diri menunjukkan seolah-olah demokrasi telah mati dalam PKR.

“Segala masa, te­naga dan wang ringgit yang saya berikan kepada parti ini se­perti sia-sia sahaja. Apabila tiba masa­nya, segala yang dikorbankan serta sokongan oleh akar umbi telah ‘ditongsampahkan’ oleh pemim­pin berhati batu.

“Sedarlah Datin Seri Presiden bahawa ini bukanlah cara politik yang telah diajarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kami. Presiden PKR telah mengkhianati aspirasi dan semangat reformis Penasihat PKR yang kami hormati,” katanya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

Sekianlah artikel "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/ketua-cabang-pkr-pasir-salak-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates: