PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !

PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !
link : PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !

Baca juga


PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !


PEKAN: Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) akan mengutip tandatangan bagi Deklarasi Anak Muda yang diharap mendapat perhatian parti-parti politik yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, deklarasi berkenaan akan menghimpunkan tandatangan anak-anak muda yang layak mengundi daripada beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai di bawah DUN berkenaan.

Menurutnya, ia adalah satu usaha untuk menyampaikan suara anak muda kepada pucuk pimpinan setiap parti terlibat agar meletakkan calon muda untuk bertanding sekaligus memegang mandat diberi rakyat selepas menang kelak.

"Kempen mengetengahkan anak muda ini tidak akan dihentikan. Kami akan dapatkan sebanyak mana mungkin tandatangan sebelum hari penamaan calon pada 28 April ini. Kempen berkenaan akan berjalan ke seluruh pelusuk tempat di Dun Peramu Jaya baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Usaha menandatangani deklarasi ini menunjukkan komitmen rakyat untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik setempat.

"Kita boleh saja memilih demonstrasi jalanan, tetapi ia bukan pilihan yang bijak, kerana tindakan itu mencerminkan sikap tidak menghormati pemimpin selain melanggar undang-undang. Bila sudah turunkan tandatangan di atas kertas, maknanya ia satu komitmen," tegasnya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed Faiz turut menjelaskan bahawa tuntutan deklarasi itu adalah untuk meminta pertimbangan parti-parti politik yang bertanding PRU ke 14 di DUN Peramu jaya menampilkan calon orang muda.

"PAKP sebulat suara memilih menyokong calon dari parti yang menampilkan orang muda di kawasan DUN berkenaan dan menolak calon tua, "katanya.

"Kita tidak buat provokasi. Apa yang kita nak ialah calon muda yang boleh membawa suara dan pandangan anak muda. Boleh menyumbang kepada masyarakat melalui kredibiliti yang dimiliki, bukan calon kitar semula dan kebanyakannya sudah berumur.

"Semua tandatangan yang diterima nanti akan diserahkan kepada setiap pucuk pimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden UMNO. Kita mahu semua ketua parti politik ini mendengar kehendak dan kemahuan setempat agar mereka tahu bahawa rakyat disini pentingkan calon, bukannya parti," katanya lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai pandangan peribadi terhadap kerusi Parlimen Pekan, Syed Faiz menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib yang telah berkecimpung dalam bidang politik seawal usia 22 tahun.

"Sejujurnya saya menyokong kepimpinan Datuk Seri (Najib) yang telah banyak membawa perubahan terhadap landskap pembangunan di daerah Pekan secara khususnya, malah rakyat Pekan menikmati pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan. Itu tidak boleh dinafikan.

"Beliau (Najib) mendengar keluhan serta kesukaran yang dialami rakyat Pekan sejak dahulu lagi. Justeru, kita yakin bahawa beliau akan turut mendengar suara anak-anak muda di DUN Peramu Jaya yang mahu calon dalam lingkungan usia mereka diletakkan di kawasan berkenaan.

"PAKP mengambil kira kelebihan yang dimiliki Najib bagi pembangunan Daerah Pekan sekiranya terus diberi mandat memimpin atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri. Tidak wajar kita nak menolak calon yang terbukti telah berjaya seperti Najib.

"Kita percaya Datuk Seri Najib mendengar malah memahami tuntutan yang dilakukan demi kebaikan masyarakat di DUN Peramu Jaya. Kita juga percaya pucuk pimpinan parti PAS yang diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga parti lain yang mungkin turut meletakkan calon seperti Pakatan Harapan mendengar keluhan dan keperluan calon muda di DUN Peramu Jaya ini," katanya.

Ketika ditanya lagi oleh pemberita mengenai harapan berkenaan calon muda, Syed Faiz berkata tiada apa yang mustahil kerana setiap parti masih ada masa untuk tukar calon mereka jika benar suara anak muda diambil kira dan didengar dengan baik.

"Kita dah kerap saksikan pertukaran calon di saat akhir, malah ada yang dah terima watikah pun boleh digugurkan dan digantikan dengan calon yang lebih layak. Jadi tiada masalah untuk semua pucuk pimpinan memikirkan apa yang telah disampaikan melalui deklarasi ini.

"Syed Faiz berkata, jika difikir, kerja pucuk pimpinan sekarang ini lagi mudah kerana suara akar umbi dapat disalurkan melalui semua platform, tak perlu ditanya secara lisan pada rakyat, sekarang nak undi sokongan pun boleh buat di hujung jari sahaja. Jadi baca dan fahamilah suara dan tuntutan ini.

Dalam pada itu, Syed Faiz meminta agar semua anak muda dan rakyat di Parlimen Pekan berfikir secara rasional dan mempertimbangkan untuk kekal mengundi Datuk Seri Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan untuk penggal yang akan datang.

"Ini adalah satu pertimbangan yang berteraskan rasional akal, bukan emosi semata-mata. Cuba fikir, banyak manfaat boleh dibawa Datuk Seri Najib kepada rakyat Pekan. Lihat sahaja pembangunan dan kemudahan yang telah dikecapi, saya tidak rasa saingan beliau dari parti lawan mampu buat sebagaimana beliau berikan kepada masyarakat di Pekan. Apa yang mereka boleh beri?," soalnya.

"Calon lain belum tentu dapat memberi jaminan kepada rakyat di Pekan dan tidak merasakan ada orang lain yang lebih layak menerajui Parlimen Pekan selain Datuk Seri Najib.

"Kalau nak cerita pasal kuasa, semua orang nak berebut kuasa. Tapi apa yang rakyat dapat? Kita tak mahu salah pilih sampai jadi sengsara. Lama tempoh masa lima tahun ni, jadi berfikirlah secara rasional dan matang," akhirinya. #PDO



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda !

Sekianlah artikel PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAKP Lancar 'Deklarasi Pengundi DUN Peramu Jaya' Sokong Calon Muda ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pakp-lancar-deklarasi-pengundi-dun.html

Subscribe to receive free email updates: