PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar

PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar
link : PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar

Baca juga


PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar


KUANTAN: Kerusi Parlimen Paya Besar menyaksikan pertembungan dua pemimpin Pemuda selepas dinamakan sebagai calon kawasan itu bagi mewakili parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah, 38 tahun, yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 32 tahun, yang mewakili PKR.

Selain itu, turut bertanding untuk kerusi Parlimen Paya Besar adalah Setiausaha Pas Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor, 66 tahun, yang akan mewakili Pas.

Dalam pada itu,  Mohd Shahar berkata, walaupun beliau dianggap sebagai calon muda, namun tidak bererti dia hanya membawa suara orang muda sahaja.

"Di Paya Besar kita ada pengundi yang datang daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat, yang penting adalah  kemampuan untuk bawa suara ke yang lebih tinggi. Kita juga tidak memandang mudah dua lagi calon tetapi yang lebih penting adalah tawaran yang akan diberikan BN.

"Saya yakin pengundi berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penyandang terdahulu iaitu, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail," katanya ketika ditemui selepas  penamaan calon bagi Parlimen Paya Besar dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawahnya di Dewan SUKPA di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ashraf Mustaqim yang juga bekas wartawan sebuah portal berkata, beliau akan mengumumkan manifesto sendiri untuk Parlimen Paya Besar dalam menarik pengundi memilihnya sebagai wakil rakyat.

"Kita mahu fokus kepada golongan warga emas sampai ke golongan muda. Kita tahun 60 peratus pengundi di Paya Besar di bawah 40 tahun, jadi saya mahu memperkasakan golongan ini tanpa mengenetepikan golongan lain," katanya.

Sementara itu, bagi kerusi DUN Sungai Lembing, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, 61, daripada BN bakal dicabar calon Pas, Mohamad Hazmi Dibok, 41 tahun, dan calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman, 72 tahun.

DUN Lepar pula akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Abdul Rahmad Muda, 53 tahun, yang mewakili BN akan bertemu Mohd Nor Hisyam Muhammad (PAS), 33 tahun, dan Nur Addin Ibrahim (PKR), 33 tahun.

Selain itu, DUN Panching pula menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu antara penyandang dari BN, Datuk Mohd Zaili Besar, 52 tahun, dengan calon PAS, Mohd  Tarmizi Yahaya, 43 tahun, Kamarzaman Mohamed Yunus (PKR), 62 tahun dan Ben Zin Dagok (Bebas), 57 tahun. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar

Sekianlah artikel PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Dua Pemimpin Pemuda "Berebut" Kerusi Parlimen Paya Besar dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pru14-dua-pemimpin-pemuda-berebut.html

Subscribe to receive free email updates: