SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !

SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !
link : SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !

Baca juga


SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !


GEORGE TOWN: PKR akan memfailkan petisyen kepada mahkamah Isnin berhubung kes kertas pencalonan Naib Presiden PKR Tian Chua ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya bagi kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan hari ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa Ceramah Mega di Padang Kota, di sini malam ini berkata Tian Chua telah menghubungi beliau sebelumnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Awal hari ini, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan untuk menolak pencalonan Tian Chua dilakukan oleh pegawai pengurus pilihan raya dan beliau boleh mengemukanpetisyen kepada mahkamah untuk memutuskan mengenai perkara itu.

"Biarlah ia dibawa ke mahkamah dan biarlah mahkamah memutuskannya. SPR akan mematuhi keputusan mahkamah," kata Mohd Hashim pada sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan bahawa Tian Chua telah hilang kelayakan sepenuhnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tian Chua diumumkan hilang kelayakan untuk bertanding kerusi Parlimen Batu di pusat penamaan calon berikutan denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen !

Sekianlah artikel SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Tolak Kertas Pencalonan Tian Chua, PKR Akan Failkan Petisyen ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/spr-tolak-kertas-pencalonan-tian-chua.html

Subscribe to receive free email updates: