Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara

Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara
link : Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara

Baca juga


Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara


Perdana menteri berkata, kerajaan mungkin meringankan hukuman mati ke atas bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia mungkin diganti dengan hukuman penjara supaya dia boleh diekstradisi ke Malaysia.
“Sirul tak boleh balik sebab Australia tidak benarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati pulang, ia undang-undang yang mereka guna.
“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung, tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya sambil menambah usaha membawa Sirul pulang ke Malaysia akan terbantut jika hukuman mati dikekalkan.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Perdana Putra, hari ini.
Ditanya adakah Putrajaya akan membuka semula kertas siasatan ke atas pembunuhan Altantuya, Dr Mahathir berkata, pihaknya akan mengkaji kes itu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita akan lihat balik untuk mulakan semula kes Altantuya.”
Beliau turut menafikan laporan The Guardian yang Putrajaya sudah membuat permohonan untuk mengekstradisi Sirul.
“Kita tidak minta.”
Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata, Australia menerima permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul selepas Putrajaya bersetuju membayar kos berkaitan dan dia dijangka meninggalkan negara itu dalam masa sebulan.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur pada 2006 dengan badannya diletup menggunakan bahan letupan gred tentera.
Mereka bagaimanapun berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada awal 2015 mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka berdua.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dan ditahan di pusat tahanan imigresen Australia di Sydney sejak 3 tahun lalu, sementara Azilah menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.
Dalam sidang media hari ini, Dr Mahathir turut menjawab soalan mengenai isu lain:
Pertemuan dengan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Beliau hendak bertemu saya dan berminat untuk menyokong kerajaan. Zahid dialu-alukan sokong atau bangkang kerajaan. Itu sahaja. Beliau hadir atas kapasiti pemangku presiden Umno.
Mengenai waran tangkap SPRM ke atas Low Taek Jho
Kita akan tangkap Jho Low, tetapi dia tidak ada di Malaysia. Dia ada di negara lain.
Alasan untuk tahan Jho Low
Untuk siasat pembabitannya dalam 1MDB.


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara

Sekianlah artikel Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/06/dr-m-hukuman-mati-sirul-mungkin-ditukar.html

Subscribe to receive free email updates: