Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain

Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain
link : Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain

Baca juga


Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain



Semakin kita bertambah usia, semakin kita menyedari betapa kurang pentingnya untuk menambah kawan, tetapi lebih penting untuk mempunyai kawan yang terbaik.

Sini 15 perkara sahabat baik lakukan bersama dan berbeza dari orang lain:

1. Mereka menghadapi masalah bersama-sama.
Orang yang betul-betul sayang dan mengenali kamu, iaitu sahabat kamu, merupakan seorang yang mampu melihat kesakitan di mata kamu sementara orang lain masih percayakan senyuman kamu. Jangan mencari seseorang untuk menyelesaikan semua masalah kamu; cari lah seseorang yang akan menghadapi masalah itu bersama kamu.


2. Mereka memberi apa yang mereka mampu kerana mereka betul-betul ambil peduli. 
 Salah satu cabaran dalam sesuatu perhubungan adalah kebanyakan orang mengharapkan sesuatu dalam perhubungan itu. Kita cuba untuk mencari seseorang yang  akan buat kita rasa selesa.
Secara realitinya, uuntuk menjadikan satu perhubungan itu bertahan lama dan memberi kita kegembiraan jangka masa panjang, adalah jika kita melihatkan perhubungan itu sebagai satu tempat kita memberi dan bukannya tempat kita mengambil sesuatu.
Tentulah tidak salah untuk mendapat sesuatu kepentingan dari perhubungan itu, tetapi kedua-dua belah pihak haruslah saling memberi. Ia hanya akan jadi "give and take" jika kedua-dua belah pihak SALING MEMBERI. Itulah kuncinya.

3. Mereka meluangkan masa antara satu sama lain. 
Sangatlah ketara jika tiada masa diluangkan dalam sesuatu perhubungan itu, ia pasti akan mempunyai masalah.
Kamu tidak perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkan tempat dalam hidup seseorang. Jangan sesekali memaksa seseorang untuk meluangkan masa mereka untuk kamu, kerana jika betul mereka pedulikan kamu, mereka akan menciptakan ruang dan masa untuk kamu.


4. Mereka memberikan kebebasan kepada satu sama lain. 
Satu perhubungan yang sihat akan membuka pintu dan tingkap terbuka luas. Udara berputar dan beredar, dan tiada siapa rasa terperangkap atau sesak.  Perhubungan sihat mampu hidup dalam suasana sebegini. Pastikan pintu dan tingkap terbuka luas.
Jika orang ini ditakdirkan dalam hidup kamu, semua pintu dan tingkap yang terbuka luas itu tidak akan membuatkan dia meninggalkan kamu.

5. Mereka berkomunikasi secara berkesan.
Sudah biasa didengari, komunikasi yang bagus dan berkesan merupakan asas kepada perhubungan yang baik.  Jika kamu merasa tidak puas hati, kamu haruslah berbincang mengenainya dan tidak membiarkan perasaan tidak puas hati itu membengkak. Jika cemburu, haruslah berkomunikasi dengan terbuka dan secara jujur untuk menyatakan perasaan tidak selamat itu. Jika mengharapkan sesuatu dari sahabat kamu, kamu mestilah memberitahunya.
Jika terdapat sebarang masalah, haruslah berkomunikasi dan menyelesaikannya. Komunikasi, bukan hanya mengenai masalah, tetapi juga mengenai perkara-perkara baik.


6. Mereka menerima seadanya.
Cuba untuk mengubah seseorang pasti tidak akan berkesan.  Orang dapat tahu apabila keadaan diri mereka tidak diterima, dan ia sangat menyakitkan. Seorang sahabat yang baik pastilah seseorang yang sangat mengenali kamu, dan menyayangi kamu. Jangan sesekali merubah mereka, mereka pasti menyukai kamu. Jadilah diri sendiri dan orang yang tepat akan menyayangi kamu seadanya.
Jika kamu  merasakan seperti kamu sedang mengubah sesuatu mengenai sahabat kamu, tanya lah diri sendiri apakah perubahan pada diri sendiri yang kamu akan lakukan.

7. Mereka adalah asli dan mengharapkan keaslian.
Jangan bermain dengan hati dan perasaan orang. Ingat, persahabatan dan cinta tidak sepatutnya menyakitkan.  Pembohongan, penipuan dan menghancurkan perasaan serta emosi amatlah menyakitkan. Sentiasa berhati terbuka; jujur dan asli.


8. Mereka berkompromi
Sahabat yang baik berada di pertengahan. Apabila ada perselisihan pendapat, mereka sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian yang akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak - BERKOMPROMI.

9. Mereka menyokong perkembangan diri antara satu sama lain.
Keperluan diri kita berubah mengikut peredaran masa. Apabila seseorang berkata, "Kamu sudah berubah", ia bukan selalunya perkara yang buruk; kadang-kadang ia menunjukkan yang usia kamu sudah meningkat dan kamu telah matang. Jangan mohon maaf untuk itu. Sebaliknya , bersikap terbuka dan ikhlas, terangkan apa perasaan kamu, dan teruskan apa yang kamu tahu ia betul.


10. Mereka percaya antara satu sama lain. 
Semudah percayakan satu sama lain, dan tunjukkan ia dengan perkataan dan kelakuan, ia akan menunjukkan perbezaan dalam hidup mereka.
Kajian menunjukkan orang yang hidup di rumah yang bermasalah tetapi membesar dengan gembira dan berjaya menunjukkan terdapat seseorang dalam hidup mereka yang mereka percayai.
Lakukan ini terhadap orang yang kamu sayang. Sokong cita-cita, impian dan hobi mereka. Turut serta bersama mereka. Ceriakan mereka dan berikan galakan kepada mereka.  Tidak kira samada mereka akan mencapai impian mereka atau tidak, kepercayaan kamu adalah sangat penting bagi mereka.

11. Mereka mengekalkan harapan yang realistik terhadap persahabatan mereka. 
Tidak ada orang akan gembira setiap waktu. Sahabat mesti mengekalkan harapan yang realistik antara satu sama lain.  Cuba kenalpasti apabila kamu mengharapkan sahabat kamu untuk melakukan sesuatu untuk kamu, seperti membuat kamu rasa disayangi atau diambil berat, kemudian lepaskan harapn itu dan lakukannya sendiri untuk dirinya.

12. Mereka menghormati antara satu sama lain. 
Hormatilah perhubungan kamu dalam apa jua cara yang kamu dapat. Setiap hari  kamu mempunyai peluang untuk menjadikan persahabatan kamu lebih manis dan bermakna dengan menunjukkan isyarat-isyarat  penghargaan dan kasih sayang.
Ingatlah bahawa, membuatkan seseorang tersenyum akan mampu mengubah dunia.
Berusahalah untuk mendengar - bukan sahaja menunggu dan bercakap. Lihatlah sahabat kamu seperti kamu melihatnya buat pertama kali. Adalah terlalu mudah untuk mengabaikan seseorang. Perhatikan perkara-perkara menarik yang mereka lakukan, dan beritahulah mereka apa yang kamu lihat.


13. Mereka mendengar, dan mendengar setiap perkataan. 
Memberi peluang mereka bersuara, dan menunjukkan bahawa suara mereka adalah penting, ini akan memberi kesan jangka panjang kepada persahabatan mereka.
Kurang memberi nasihat selalunya adalah nasihat yang terbaik. Seseorang tidak memerlukan nasihat yang banyak, mereka hanya perlukan telinga yang mendengar dan beberapa pengukuhan yang positif.

14. Mereka menunaikan janji mereka.
Kata-kata kamu memberi maksud segala-galanya. Jika kamu mengatakan kamu akan melakukan sesuatu, LAKUKANNYA!
Jika kamu berjanji akan ke sesuatu tempat, SILA KE SANA!
Jika kamu kata kamu rasa seseuatu, MAKSUDKANNYA! Jika tidak boleh, tidak mampu, dan tidak akan, maka JANGAN  BOHONG!. Sahabat baik akan menunaikan janji dan berkata benar.


15. Mereka sentiasa bersama-sama. 
Kebenaran yang menyakitkan adalah sesetengah orang akan setia bersama hanya apabila mereka memerlukan sesuatu.
Apabila kamu sudah tidak dapat memberi apa-apa , kamu akan ditinggalkan. Berita gembira adalah, jika kamu cukup kuat, kamu akan dapat membuat orang-deorang seperti ini dari hidup kamu, maka tinggallah
kamu dengan orang yang hebat yang kamu boleh percayakan. Walaupun jarang kita kehilangan kawan dan orang yang disayangi, cuma lama kelamaan kita akan dapat mengenalpasti siapa sahabat sebenarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ss6JJF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain

Sekianlah artikel Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketahui 15 Perkara Sahabat Baik Lakukan Bersama Dan Berbeza Dari Orang Lain dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/ketahui-15-perkara-sahabat-baik-lakukan.html

Subscribe to receive free email updates: