Judul : Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar
link : Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar
Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar
DOHA – Perkhidmatan Qatar Airways tetap berjalan lancar dengan sebahagian besar penerbangan beroperasi mengikut jadual, meskipun dipalit dengan masalah dikenakan sekatan udara oleh beberapa negara Arab, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Menurut kenyataan Qatar Airways, pada minggu lepas terdapat kira-kira 1,200 penerbangan dari Doha ke lebih 150 destinasi seluruh dunia dan 90 peratus penerbangan berlepas dalam masa 15 minit daripada jadual.
“Operasi Qatar Airways berjalan lancar dan sebahagian besar rangkaian perkhidmatan kami tidak terjejas oleh keadaan semasa,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker.
Beliau berkata, fokus syarikat adalah untuk menyokong mana-mana penumpang yang terjejas dan memastikan perkhidmatan terbaik terus diberikan.
“Belum pernah terjadi sebarang sekatan udara sebelum ini dan ia dilihat bertentangan dengan konvensyen mengenai jaminan hak ruang udara antarabangsa. Kami menyeru Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengisytiharkan tindakan itu menyalahi undang-undang. Kami bukan sebuah badan politik tetapi sebuah syarikat penerbangan,” jelas Al Baker.
Selain itu, katanya syarikat terus meluaskan rangkaian perkhidmatan dengan dua destinasi baharu dilancarkan pada bulan depan.
Pada Selasa Qatar Airways melancarkan perkhidmatan terus ke Dublin, Ireland diikuti perkhidmatan ke Nice, Perancis bermula 4 Julai dan ke Skopje, Macedonia 17 Julai.
Destinasi baharu lain yang dirancang tahun ini dan 2018 termasuk Las Vegas (Amerika Syarikat), Canberra (Australia), Douala (Cameroon), Libreville (Gabon), Medan (Indonesia), Rio de Janeiro (Brazil), Santiago (Chile) dan Sarajevo (Bosnia dan Herzegovina).
Pada awal minggu ini laporan tahunan syarikat penerbangan bagi tahun fiskal 2017 menunjukkan keuntungan bersih US$541 juta diperolehi iaitu peningkatan 21.7 peratus dari tahun ke tahun.
Peningkatan pendapatan tahunan pula sebanyak 10.4 peratus. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2toWaUj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar
Anda sekarang membaca artikel Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan Lancar dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/perkhidmatan-qatar-airways-berjalan.html