Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !

Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !
link : Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !

Baca juga


Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !


BERA: Penyokong Pakatan Harapan (Harapan) terutama sekitar Bera, di sini, menerima kejutan apabila calon yang diumumkan bertanding di kerusi N39 Kemayan minggu lalu, bertukar kepada nama lain.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Negeri, Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil mengumumkan Mohd Jidi Yaakob sebagai calon Harapan untuk kerusi terbabit.

Bagaimanapun, Naib Ketua Cabang PKR Bera, Bob Monalan Mohamed, 42, pula diberi kepercayaan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail apabila menerima watikah untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Ketua Penerangan Bersatu Bera, Mohd Zaid Omar berkata, keputusan itu sememangnya mengejutkan pihak, namun pihaknya tidak mahu cepat melatah, malah sedang berusaha membuat rayuan supaya kerusi itu diberikan kepada calon Bersatu.

“Bersatu Bera akan membawa perkara ini kepada ibu pejabat Bersatu agar akan ada persepakatan dengan ibu pejabat PKR, membolehkan kerusi N39 diwakili calon dari Bersatu.

Namun, andainya perbincangan itu tidak berjaya, kebarangkalian calon Bersatu akan bertanding sebagai calon Bebas adalah sangat besar” katanya di sini, semalam.

Zaid berkata, Mohd Jidi yang juga merupakan peneroka Felda Triang 1 mempunyai potensi lebih besar untuk memenangi kerusi itu dan bakal menggugat calon BN bukan sahaja di kerusi DUN Kemayan, malah kerusi Parlimen Bera.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Pahang, Zakaria Abd Hamid ketika ditanya berkaitan isu ini berkata,  pihaknya akur dengan keputusan tersebut.

Beliau berkata, sebelum hari penamaan calon Sabtu ini, apa sahaja boleh berlaku termasuk pertukaran nama calon atau parti yang bakal bertanding.

“Memang nama Mohd Jidi diumumkan sebagai bakal calon yang akan bertanding itu kerusi itu,  tapi sebarang keputusan boleh berubah bila-bila masa.

“Saya difahamkan, Bersatu Bera akan membuat rayuan. Tapi, apa pun keputusan yang dibuat pihak pusat, kita akan menyokong sesiapa sahaja yang bertanding atas tiket Harapan yang menggunakan logo PKR pada PRU nanti,” katanya yang juga Ketua Cabang PKR Bera.

 Zakaria turut menerima watikah daripada Wan Azizah sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Bera, kelmarin. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah !

Sekianlah artikel Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Panas Di "DUN Kemayan", Umum Calon PPBM Calon PKR Pula Dapat Watikah ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/panas-di-dun-kemayan-umum-calon-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates: