PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !

PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !
link : PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !

Baca juga


PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berhadapan dengan adik kandungnya, Mohamed Azwan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Selain Mohamed Azmin dan selebriti tanah air itu, kerusi berkenaan turut ditandingi calon Barisan Nasional daripada UMNO, Salwa Yunus, calon PAS Syarifah Hazlizah Syed Hussain dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ahmad Kamarudin.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin, calon PKR itu, tidak hadirkan diri di pusat penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, di sini, sebaliknya diwakili pencadangnya, Alizan Isa bagi menghantar borang pencalonan.

Pertandingan lima penjuru itu turut menyaksikan Azwan yang bertanding sebagai calon Bebas itu menggunakan logo gajah.

Mohamed Azmin merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan sejak 2008 dan pada PRU13, beliau menang dengan majoriti 4,734 undi.

Pencalonan DUN berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ampang, Abdul Hamid Hussain.

Lebih 1,000 penyokong parti-parti yang bertanding hadir memberi sokongan kepada calon-calon mereka.

Azwan yang sebelum ini lantang mengkritik abangnya, ketika ditemui pemberita berkata beliau akan menggunakan pendekatan kempen yang lebih berhemah dan tidak mahu lagi membuat serangan peribadi terhadap Mohamed Azmin.

"Hari ini saya datang untuk berbakti kepada rakyat DUN Bukit Antarabangsa. Manifesto saya jelas bahawa rakyat tetap nombor satu. Untuk semua hal berkenaan Azmin, saya ingin tutup buku.

"Saya ada banyak kempen dan strategi untuk memenangi hati rakyat di sini dan antaranya saya akan mengedarkan kira-kira 50,000 rendang kepada penduduk DUN ini," katanya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa !

Sekianlah artikel PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Azwan Bertembung Azmin Ali DUN N19 Bukit Antarabangsa ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pru14-azwan-bertembung-azmin-ali-dun.html

Subscribe to receive free email updates: