Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi

Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi
link : Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi

Baca juga


Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi


PEKAN: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO khususnya di kawasan Parlimen Pekan supaya mengawal emosi dan menguatkan semangat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata biarpun keletihan dan diuji pelbagai tohmahan oleh pihak pembangkang, jentera JR Wanita perlu terus kuat dan tidak menunjukkan kelemahan mereka di hadapan musuh.

"Perkara paling mustahak semangat kena kuat, emosi kena kawal kalau tidak kuat orang akan perkotak-katikkan kita. Nasihat Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) kepada saya, jangan sedih dan susah hati di hadapan orang. Itulah yang membuatkan semangat saya kuat sehingga kini.

"Kita sebagai wanita perlu tunjuk yang kita ini kuat. Jangan menangis di hadapan musuh kerana itu yang mereka mahu. Mereka mahu lihat kita menangis," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Petugas Jalinan Rakyat Wanita UMNO Parlimen Pekan di Universiti DRB-Hicom, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rosmah berkata jentera JR Wanita bukan sahaja menjadi jambatan penghubung antara pemimpin kerajaan dan rakyat, malahan mereka berperanan penting menangkis segala dakyah dan tohmahan tidak berasas pihak pembangkang.

"Kita semua tahu pelbagai isu yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang bertujuan melemahkan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ini, jadi, jentera JR berperanan penting memperjelaskan perkara sebenar kepada para pengundi supaya mereka tahu apa yang betul, apa yang salah" katanya.

Rosmah juga berkata beliau yakin bahawa jentera JR Pekan telah bersiap siaga, menyusun segala strategi dan melaksanakan pelbagai program demi memastikan kerusi Parlimen Pekan dan kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya kekal milik BN.

"Saya berbangga dengan usaha para srikandi parti yang telah bertungkus lumus berjumpa dengan pengundi di setiap kawasan. Berkunjung dari rumah ke rumah untuk memastikan pengundi yang masih belum berdaftar dapat dikesan dan didaftarkan sebagai pemilih PRU14," katanya.

Beliau turut menyeru jentera JR Wanita Pekan supaya melipatgandakan usaha untuk mencapai sasaran 40,000 undi majoriti bagi Parlimen Pekan, berbanding 35,613 majoriti undi pada PRU13.

Majlis yang disertai hampir 3,000 anggota jentera JR Wanita Pekan turut dihadiri Ketua Wanita UMNO Pahang Datuk Roslin Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan Datuk Zalmah Abdul Rahman. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi

Sekianlah artikel Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah: "Jentera" Wanita UMNO Perlu "Kuatkan Semangat", Kawal Emosi dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/rosmah-jentera-wanita-umno-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: