Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !

Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !
link : Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !

Baca juga


Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !


PEKAN: Memiliki senarai panjang jawatan dalam hayat politik, pencapaian Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan contoh kepada anak muda kini yang mahu menonjol menceburi politik malah ruang dan peluang wajar diberikan kepada anak muda yang mahu berkhidmat kepada rakyat.
Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, anak muda yang mempunyai kualiti sukar mengintai peluang untuk menonjolkan diri malah kerap disingkirkan puak-puak yang mahu terus pegang dan pertahankan jawatan mereka.
Menurutnya, walaupun kepimpinan yang ditonjolkan sudah tidak lagi relevan, kelompok 'tua dan degil' ini sukar ditegur malah jika tidak dipilih mereka akan bertindak melawan arus pegangan.
"Sayang sekali, dunia politik kini enggan memberi kepercayaan kepada generasi muda. Ini kerana mereka mahu terus kekal di tampuk kuasa sedangkan diri semakin tua dan tidak berdaya.
"Katanya lagi, jika tidak dipilih, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk dipilih sehingga sanggup caras peluang calon muda, orang gelar 'cah keting' atau memilih untuk sabotaj parti. Biar tak terpilih, janji kepentingan diri diutamakan. Ketika itu jelas boleh nampak muka-muka 'gila kuasa' yang sanggup ketepikan kepentingan pucuk pimpinan sendiri," katanya.
"Beliau berkata, dalam tempoh yang hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini, kita dapat lihat ada yang tidak mahu bagi laluan pada calon muda. Anak muda dilihat seperti pucuk mentah, tak boleh buat apa-apa, tak mampu nak sumbang apa-apa pada masyarakat.
"Kita perlu ubah, buktikan anak muda juga memiliki gaya kepimpinannya sendiri bagi mencapai kejayaan. Jika dapat menyertai politik dalam umur yang muda, pastinya ujian mendatang akan menentukan keupayaan kepimpinan mereka.
"Tanpa sokongan kepimpinan terdahulu, anak-anak muda ini juga tidak dapat ke depan kerana tidak diberi kepercayaan. Ini kerana satu lagi kunci kejayaan ialah nasib yang tercorak daripada persekitaran politik tertentu (sokongan padu orang lama dan rakyat).
"Inilah yang dilalui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan kerjaya politiknya pada usianya 22 tahun apabila mendapati penyokong-penyokong bapanya memilih beliau untuk menjadi calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Pekan, Pahang pada tahun 1976 selepas bapanya, Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein meninggal dunia.
"Kita perlukan situasi sama, kita perlukan sokongan veteran-veteran politik ini untuk mengembangkan kepimpinan muda yang dimiliki, bukan diketepikan hanya disebabkan usia yang muda, tegasnya".
"Syed Faiz yang pernah muncul buat pertama kali pada usia 25 tahun bertanding sebagai calon bebas wakil rakyat pada PRU ke 13 bagi DUN Peramu Jaya yang lalu turut menyoalkan pemimpin masa kini yang enggan percaya kemampuan anak muda sedangkan contoh jelas dapat dilihat depan mata.
"Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun, malah diberi kepercayaan menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika usia 29 tahun pada 1982.
"Jadi apa masalahnya jika pemimpin muda mahu bersama-sama mempamerkan kualiti diri dan bakat kepimpinan yang ada? Apakah negara ini hanya layak diperintah dan dipimpin oleh golongan-golongan tua sahaja?" Soalnya.
"Pada pandangan peribadinya, calon yang hendak ditampilkan sesebuah parti politik perlulah turut mengambil kira suara di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan ke arah kebaikan dan menampilkan idea-idea lebih segar serta cepat bertindak di atas sesuatu masalah atau aduan.
"Contoh mudah, kita lihat bekas-bekas calon yang diletakan parti politik dulu di DUN Peramu Jaya tempat saya mengundi, kebanyakan yang dipilih adalah pesara-pesara kerajaan yang berusia. Ada antara anak muda kini yang mampu mewakili masyarakat tetapi mengapa tidak diketengahkan calon muda untuk menambat hati kira-kira 31,000 pengundi di DUN tersebut? Katanya.
"Mengapa perlu mereka yang telah bersara dari karier dipilih lagi, malah kerjaya yang disandang dulu tidak melibatkan masyarakat atau kerja politik secara menyeluruh. Cara berinteraksi dengan masyarakat juga cara lama, tidak seiring dengan keperluan zaman moden kini,".
Katanya lagi, jika senario politik sebegini berterusan, maka negara juga akan turut sama kelihatan 'tua' malah tahap daya saing dan produktiviti turut menurun kerana kelebihan yang ada pada golongan muda enggan diberi perhatian dan peluang ekoran monopoli kuasa yang tidak berkesudahan", akhirinya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven !

Sekianlah artikel Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz: Politik "Cah Keting" Dan Sabotaj Parti Sudah Tidak Releven ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/syed-faiz-politik-cah-keting-dan.html

Subscribe to receive free email updates: