Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !

Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !
link : Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !

Baca juga


Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !


PEKAN:  Pengalaman mempertaruhkan personaliti serta kemampuan diri untuk berbakti kepada masyarakat yang disemat kuat dalam diri membuatkan figura muda, Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohamad Faiz Azemmant mengintai kemungkinan peluang untuknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Syed Faiz yang merupakan ahli perniagaan dan terlibat aktif dalam berpersatuan di negeri ini berkata, tiada batasan atau sempadan baginya mendekati masyarakat setempat dan menghulurkan bantuan sekadar mampu dan ia dilakukan tanpa perlu menunggu ‘kuasa’ yang diberikan rakyat melalui pilihan raya.

"Semangat datang dengan sendirinya apabila melihat ramai anak muda yang layak mengundi kecewa dan meluat dengan calon wakil rakyat yang diberi amanah tapi muncul di mata anak muda hanya lima tahun sekali untuk bergaul dan beramah mesra.

"Wakil rakyat seperti ini perlu disingkirkan, takkan kita nak lihat anak muda terus diabaikan, apatah lagi anak muda memerlukan jaminan masa depan melalui bantuan atau usaha oleh pemimpin yang dilantik.

"Kita akan sokong jika calon yang muda dan berkaliber diketengahkan nanti, tetapi andai sebaliknya berlaku, saya akan kembali melihat keperluan serta sokongan untuk saya kembali bertanding demi memperjuang dan membawa suara anak-anak muda," katanya ketika dihubungi di sini.

"Syed Faiz berkata, saya bukan ahli mana-mana parti politik, saya berpendirian bebas dan pro-rakyat dengan mewakili anak muda di peringkat akar umbi di kawasan saya mengundi, "Saya tak peduli mengenai calon mana-mana parti politik tentukan, itu hak mereka. Tapi saya nak nasihatkan pada pemimpin sesebuah parti supaya jangan pandang enteng pada kemahuan anak muda, kerana kelak anda memerlukan undi dan tenaga kerja mereka sebagai penentu kemenangan calon anda". Katanya lagi.

Mengimbau kembali cubaan beliau bertanding sebagai calon bebas pada PRU ke-13 bagi Dun Peramu Jaya yang lalu, pengalaman tersebut begitu berharga dan mematangkan diri dan pemikirannya terutama dari aspek politik. Tujuannya ketika itu hanya untuk menyampaikan mesej pada pemimpin politik untuk melakukan perubahan, "Katanya lagi.

Menurutnya, pelbagai cabaran tiba secara mendadak termasuk tohmahan, sindiran, ancaman serta pelbagai lagi yang menjadi rencah politik terpalit pada nama dan maruahnya namun ia tidak pernah menjadi pematah semangat untuk beliau membuktikan kemampuan diri menjadi wakil rakyat muda.

"Menceburkan diri dalam dunia politik pada usia muda tidak menjadi masalah besar jika kita mempunyai keazaman dan semangat juang yang tinggi untuk meraih kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan diri mencurahkan bakti.

"Katanya lagi, ramai pemimpin pada hari ini memulakan kerjaya politik dan menjadi calon bertanding pada usia yang muda dan terbukti berjaya. Mengambil contoh Datuk Sri Najib Razak sendiri misalnya pernah menjadi Menteri Besar Pahang seawal usia 29 tahun," jadi apa masalahnya?, soalnya lagi.

Katanya, peratusan pengundi setiap DUN di Parlimen Pekan pada PRU 14 merupakan pengundi muda jadi semua pihak perlu mempertimbangkan calon pilihan rakyat termasuklah meletakkan calon muda.

“Sokongan keluarga, ahli persatuan serta kenalan termasuk rakan perniagaan menguatkan lagi semangat saya untuk mengetengahkan sisi berbeza diri yang begitu menggemari aktiviti kemasyarakatan.

“Tidak sukar bagi calon muda untuk meraih sokongan rakyat dalam memperjuangkan misi dan visi sejajar impian yang digenggam untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan yang memberangsangkan.

"Saya perlukan sokongan anak muda, sebagai nadi rakyat seterusnya membawa perubahan yang diinginkan. "Saya menyeru pada anak muda supaya dapat bangkit dan berani berganding bahu dalam usaha memartabatkan golongan anak muda dan bukan hanya melihat anak muda terus hanyut dengan pelbagai masalah sosial di era moden akibat kurang perhatian dan tumpuan khusus yang diberikan calon wakil rakyat yang bukan dari kalangan mereka" katanya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi !

Sekianlah artikel Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz "Wakili" Suara Generasi Muda, Tak Gentar Bertanding Lagi ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/syed-faiz-wakili-suara-generasi-muda_23.html

Subscribe to receive free email updates: