"Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat

"Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat
link : "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat

Baca juga


"Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat


SEREMBAN: Penceramah terkenal, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat, berkata beliau akan terus berceramah dan pada masa sama sebagai wakil rakyat, memberi tumpuan kepada masyarakat di kawasannya.

Beliau yang dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, adalah antara 22 calon muka baharu yang diumumkan BN Negeri Sembilan untuk bertanding pada PRU-14 oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, di kediaman rasmi di sini, hari ini.

Syamsul, yang juga anak jati Negeri Sembilan itu perlu menggalas tanggungjawab besar apabila dipilih mengisi kerusi DUN Sikamat yang disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama dua penggal.

Ketika ditemui, Syamsul melahirkan keyakinan bahawa kelebihannya sebagai penceramah bebas akan memberi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kerusi berkenaan.

"Alhamdulillah, atas sokongan Menteri Besar (Mohamad Hasan), pemimpin tempatan dan rakan, saya dipilih menjadi calon BN di DUN Sikamat dan inilah masa untuk saya bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN.

"Sudah tentu ia tugas yang amat berat, dengan mandat yang diberikan ini saya akan menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Seperti mana hadis tidak beriman orang yang tidak menjaga amanah dan tidak beragama orang yang tidak melaksanakan janji," katanya.

Katanya, beliau akan berusaha mendekati masyarakat terutama anak muda untuk memberi penjelasan dan meyakinkan mereka supaya terus menyokong BN.

Syamsul yang terpalit dengan kontroversi peribadi selepas ada laporan polis mendakwa beliau mempunyai skandal dengan isteri orang, berkata akan memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai dirinya.

"Macam-macam tohmahan ke atas saya tetapi saya akan mendekati masyarakat untuk menangkis persepsi dan membetulkannya bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang sebenar, begitu juga dengan isu lain yang membabitkan parti.

"Kepesatan teknologi terutama dalam penyebaran maklumat di media sosial menjadi cabaran, tetapi saya akan berusaha menjawab segala isu yang ada," katanya.

Sebagai calon baharu, beliau berharap masyarakat di kawasan Sikamat dapat menerima beliau dan memberi peluang untuknya membuktikan keupayaannya menjadi wakil rakyat di kawasan itu. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat

Sekianlah artikel "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Tanggungjawab Besar", Syamsul Debat Yakin Pikat Pengundi DUN Sikamat dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/tanggungjawab-besar-syamsul-debat-yakin.html

Subscribe to receive free email updates: