Judul : Mangsa banjir di Pahang menurun
link : Mangsa banjir di Pahang menurun
Mangsa banjir di Pahang menurun
ANTARAPOSKUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini beransur pulih berikutan cuaca baik sejak Sabtu lalu.
Sehingga jam 6 petang tadi, bilangan mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 370 mangsa membabitkan 99 keluarga, yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laman infobanjir.jkm.gov.my, jumlah mangsa banjir di daerah Pekan ialah 281 orang daripada 75 keluarga, yang ditempatkan di lima PPS, diikuti daerah Maran seramai 41 mangsa daripada 11 keluarga di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah itu.
Di Lipis, jumlah mangsa banjir ialah 48 orang membabitkan 13 keluarga berbanding 30 orang daripada tujuh keluarga pada tengah hari tadi, yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah.
Memetik laporan BH Online, sehingga jam 5 petang, sebanyak dua sungai di negeri ini melepasi tahap merah atau bahaya iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (10.91 meter) dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.22 meter).
Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku melepasi tahap jingga atau amaran iaitu 18.71 meter, manakala tiga sungai berada pada tahap berjaga-jaga iaitu Sungai Jelai di Bukit Betong (70.01 meter), Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran (21.29 meter) dan Sungai Pahang di Pekan (2.61 meter).
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Mangsa banjir di Pahang menurun
Sekianlah artikel Mangsa banjir di Pahang menurun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir di Pahang menurun dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/01/mangsa-banjir-di-pahang-menurun.html